Pages

Friday, January 28, 2011

missile

Penulis agak sibuk kebelakangan ini akibat kekangan masa. Maklumlah semester baru dah start. Jarang jugak dapat update entry ni. Kali ni penulis nak post entry pasal senarai misil dalam perkhidmatan ATM. Hal ini bukan untuk melemahkan mewar-warkan aset pertahanan negara kepada musuh, tetapi sebagai "show off asset" untuk menggerunkan negara musuh. Malaysia bukn untuk menjadi sebuah negara tentera, tetapi jika dilihat dari perspektif pertahanan semasa negara, teknologi dan asset yang ada sekarang is more to defensive rather than offensive. Tetapi itu tidak bermakna Malaysia tidak mampu untuk melakukan serangan balas keatas asset-asset musuh. Saya pasti Malaysia mempunyai lebih banyak misil dan kuantiti asset yang tidak diketahui umum. Ini menjadi ancaman kepada pertahanan negara jika kesemua asset-asset peperangan dan combat negara diketahui umum.










Raytheon AIM-9 Sidewinder














AGM-84 Harpoon



Senarai Misil Dalam Perkhidmatan ATM (TD, TLDM & TUDM)
1. Udara ke Udara
a. Jarak Dekat
Raytheon AIM-9 Sidewinder , Vympel R-73
b. Jarak Sederhana
AIM-7 Sparrow, AIM-120C AMRAAM, Vympel R-27, Vympel R-77

2. Udara ke Permukaan
a. Daratan
Boeing AGM-65 Maverick, Boeing AGM-88 HARM, Molniya Kh-29, Zvezda Kh-31, Raduga Kh-59 Ovod
b. Anti Kapal Permukaan, Kapal Selam
AGM-84 Harpoon, MBDA Sea Skua, Eurotop Whitehead A244/S
c. Bom Berpanduan
KAB-500KR, KAB-1500KR, Raytheon GBU-12 Paveway II
d. Bom Berangkai
CBU-100 Cluster Bomb

3. Permukaan ke Udara
a. Pelancar Bahu/Jarak Amat Dekat
POF Anza Mk II, KBM 9K38 Igla, Short Starburst, FN-6
b. Jarak Sederhana
MBDA Rapier Jernas (sistem pelancar tundaan), Alenia Aspide (dari kapal permukaan), Bae Sea Wolf (dari kapal permukaan menggunakan sistem pelancar menegak VLS)

4. Permukaan ke Permukaan
a. Misil Berpanduan Anti Perisai/Kereta Kebal
POF Bakhtar Shikan, MBDA ERYX, KBP 9K115-2 Metis-M
b. Pelancar Roket
Instalaza C90-CR (M3), Saab Bofors AT4, Bazalt RPG-7
c. Pelancar Roket Berganda
Avibras SS-60 (300mm roket yang dilancarkan menggunakan sistem Astros Mk II Keris)
d. Misil Anti Kapal
MBDA Exocet MM38, MBDA Exocet MM40 Block II, MBDA Exocet SM39 (dari kapal selam Kelas Perdana Menteri), MBDA Otomat Mk II,

5. Torpedo/Anti Kapal Selam
Eurotop Whitehead A244/S (dari Helikopter Super Lynx 300 dan kapal permukaan), Blackshark (dari kapal selam Kelas Perdana Menteri)

0 comments:

Post a Comment