minggu ni merupakan minggu bola asia tenggara. penulis sangat tertarik untuk mengupdate posting tentang perlawanan final antara malaysia dan indonesia (second leg) yg akan berlangsung di stadium bung karno, senayan indonesia. "sudah-sudah la endon" tu la ungkapan terbaik yg wajar dilemparkan kepada peminat setia tim indonesia. tak habis2 dengan isu laser. mereka menyalahkan laser yg ditujukan kepada markus sebagai penyebab kekalahan tim bola sepak mereka kepada malaysia. padahal, jurulatih mereka sendiri iaitu alfred ridle menyatakan bahawa kekalahan tim mereka adalah disebabkan kurang keyakinan beramain di tempat lawan dan bukan disebabkan isu laser. memang tidak professional jika kekalahan tim mereka disebabkan pancaran laser itu. ungkapan "seperti kebudak-budakan" menurut pandangan penulis.
penulis bukan untuk menjadi seorang yang berat sebelah dan benci indonesia. bahkan penulis sendiri menyukai indonesia, kerana terdapat ramai gadis-gadis cantik kacukan belanda di indonesia..hahaha. malaysia indonesia satu rumpun. dari aspek ketenteraan sehingga sukan seperti bola sepak kita ingin berkelahi. jangan la dibesar-besarkan benda yang kecil. lebih baik kita bersatu dari segala aspek seperti ketenteraan mahupun teknologi pembangunan dan memberi tumpuan untuk menjaga keselamatan serantau. tali barut israel di selatan malaysia sentiasa memerhatikan kita berkelahi dan mereka bertepuk tangan melihat perkara ini berlaku.
berbalik kepada isu bola sepak. penulis memang cukup marah terhadap segelintir peminat bola sepak yang seperti tidak sekolah itu yang menggangu situasi permainan. "come on, its just a game" janganla sampai nak berperang. penulis tidak menuduh samada penyokong malaysia atau pun indonesia yang memancarkan sinaran laser itu kerana apa-apa "statement" belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang perkara itu. macam2 faktor boleh terjadi. mungkin juga penyokong indonesia sendiri yang memancarkan sinaran laser itu untuk memprotes "home game".maklumlah, mereka ini sudah lama benci dengan malaysia. padahal periuk nasi mereka sendiri di malaysia. kalau tidak suka malaysia, kerja la di negara lain seperti singapura (masak la orang kau kalau keje dgn cine....kene ketuk punye la....melayu malaysia ni berhati perut lagi tau x). mungkin juga peminat malaysia sendiri yang memancarkan sinaran laser itu untuk mengganggu tumpuan markus disebabkan isu penjaga gol malaysia juga pernah ditujukan sinaran laser pada perlawanan awal pembukaan di bung karno dahulu. macam2 spekulasi boleh dibuat dan ianya tidak akan terhenti dalam waktu terdekat. cuba anda fikir, mungkin tidak akan muncul isu laser jukalau indonesia memenangi perlawan first leg tersebut. biasela, kalau dah kalah macam2 alasan akan dibuat. manusia memang begitu. tetapi kala benarlah penyokong malaysia yang punye keje tu, wajarlah penyokong tersebut dihadapkan ke muka pengadilan kerana dia bukan sahaja merosakkan mutu permainan tetapi juga memburukkan nama baik malaysia di persada sukan antarabangsa.
akhir kata, selamat berjuang wahai wira-wira tanahair. kemenangan bola sepak malaysia, kemenangan seluruh rakyat malaysia.
MAJULAH BOLA SEPAK TANAHAIR
2 comments:
yesss! MALAYSIA MENANG! malaysia gemilang. proud to be malaysian...teeeheee~..:D
next match malaysia vs hong kong...international A friendly match..support our local heroes =)
Post a Comment